Sila Klik Sini!

Monday, November 1, 2010

Kisah Tok Guru dan Cucu Murid

Malam Sabtu lalu, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang...BEKAS MURID SAYA YANG TELAH BERPINDAH KE SABAH pada tahun lepas. Saya telah hilang jejaknya sejak beberapa bulan yang lalu. Gembiranya hati tidak terkata kerana masih dikenang. Berkali- kali dia menyatakan yang dia sayangkan dan rindukan saya.

Pada hari Sabtu, saya membawa 4 orang murid ke SK Dumpar untuk menghadiri Kem Literasi Al-Quran. Terjumpa pula dengan BEKAS GURU YANG MENGAJAR SAYA di SRA Diniatul Islamiah, 17 tahun yang lalu, Ustazah Jamaliah binti Abdul Wahab. Seronok rasanya dapat bertemu dengan beliau, insan yang pernah berjasa kepada saya.


"Ustazah, ini cucu murid ustazah", saya menunjukkan murid- murid saya kepadanya. Ketawa beliau.

Kepada murid- murid saya pula, saya berkata.

"Inilah ustazah cikgu. Masa cikgu kecil- kecil macam kamu dulu, dialah yang ajar cikgu baca Quran dan Jawi."

"Tengok, anak murid ustazah dah jadi cikgu sekarang. Kamu pun nanti mesti macam tu juga", pesan Ustazah Jamaliah kepada murid- murid saya. Suaranya berbaur kebanggaan.

17 tahun dahulu, saya merupakan murid, dan beliau guru saya di sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Hari ini, kami sama- sama bergelar GURU di sebuah daerah di negeri Johor. apapun, guru- guru tetap saya hormati dan jasa mereka tetap saya kenang.

Entah di bumi mana pula saya bakal ditemukan dengan BEKAS MURID DAN CUCU MURID SAYA suatu hari nanti...Hanya Allah mengetahuinya.

.....

No comments:

Post a Comment