Sila Klik Sini!

Saturday, March 23, 2013

MTQ Yang Berbeza

MTQ datang lagi!

MTQ pertama bagi saya di SKDJ. Kedatangan MTQ ialah waktu yang paling menakutkan bagi saya sejak beberapa tahun lalu. Sebabnya, inilah waktunya saya tidak dapat tidur lena kerana perlu melaksanakan tugasan tanpa kemahiran.

Tahun berbeza. Sekolah berbeza. Situasi turut berubah.

Di Desa Jasmin,  saya diberikan tugas untuk melatih peserta Tilawah (P). Saya tiada kemahiran juga dalam bidang ini. Bagaimanapun, tugasan ini tetap saya terima dan saya telah pun pilih pesertanya.

Tiada penyertaan untuk nasyid di sini. Sesuatu yang agak pelik dan janggal bagi saya kerana sekolah ini muridnya ramai dan peralatan muziknya lengkap. Tetapi, saya memahami keadaannya apabila saya menawarkan diri untuk melatih murid bagi persembahan nasyid sempena Maulidurrasul tempoh hari. Tiada masa yang sesuai dan beberapa kekangan lain menyebabkan memang sukar untuk menubuhkan kumpulan nasyid di sini. Usaha saya itu juga gagal. Saya bercadang untuk bercerita tentangnya dalam blog ini bawah tajuk "Kegagalan Pertama di SKDJ", tetapi saya terlalu sibuk masa tu sampai tak sempat untuk menulis.

Tiba- tiba, PPD Seremban mewajibkan sekolah yang besar seperti SKDJ menghantar penyertaan nasyid. Saya diminta untuk melatih kumpulan tersebut. Hasrat saya yang terbantut tempoh hari dibuka semula jalan untuk mencapainya. Kali ini saya akan realisasikannya secara "paksarela" tetapi dengan hati yang redha.

Saya berjumpa dengan Cikgu Zulkarna'in untuk membincangkan pelaksanaannya.Beliau meminta saya menulis lirik untuk lagu pertama dan beliau akan mencipta lagunya. 
Cikgu Zul mula bercerita tentang teknik- teknik melatih dan alatan muzik yang saya kurang fahami. Tetapi, mata saya mulai terbuka luas mendengar kata- katanya. Saya nampak peluang yang menarik di hadapan saya, untuk mempelajari sesuatu yang sangat baharu bagi saya. 

MUZIK!

Saya sentiasa suka belajar dan sangat berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Bertuahnya saya datang ke sini!
Di sini, barulah saya tahu yang nama alat ini Chime. Sebelum ini, saya tertanya- tanya
 dan tiada siapa memberi jawapan.



Alhamdulillah, di sini lebih mudah untuk saya melangkah  kerana ramai yang memberikan kerjasama. Ustaz Sazali sanggup menghadiri mesyuarat khas untuk nasyid di Seremban walaupun sepatutnya jurulatih nasyid yang menghadirinya. Ustazah Sailah, Ustazah Faizol, Ustazah Rini membantu saya memilih peserta. Saya mengumpulkan mereka dan Cikgu Zul memberikan taklimat awal. Ustazah Jazimah juga sudi membantu dalam menguruskan pakaian peserta nasyid.

Sesi latihan pertama bermula. Alangkah berbezanya cara beliau dengan cara saya yang nihil ilmu muzik ini melatih nasyid. Saya sendiri berasa sangat seronok dan terhibur dengan latihan ini!



Tiba- tiba saya sedar bahawa jurulatih nasyid yang sebenarnya ialah Cikgu Zul. Saya lebih banyak menjalankan tugasan mengurus seperti menyediakan surat dan sebagainya.

Apapun, saya gembira!




1 comment:

  1. Alhamdulillah, selesai juga tugasan mewujudkan kumpulan nasyid SKDJ. Walaupun SKDJ tidak mendapat tempat dalam pertandingan ini, saya berasa puas kerana dapat mencurahkan bakti dan ilmu kepada murid-murid SKDJ. Tahniah kepada Cikgu Fatimah dan rakan-rakan yang bersama-sama merealisasikan harapan ini. Sekurang-kurangnya, seorang murid yang sangat pemalu seperti yasmin telah berubah dan boleh menyanyi di atas pentas di hadapan para penonton. Tahniah kepada murid-murid nasyid SKDJ. Kalah kita bukanlah kalah semuanya. Kita berjaya melahirkan kumpulan nasyid SKDJ yang menampakkan hasil yang memuaskan. Tahun hadapan cuba lagi.

    ReplyDelete