Latar bengkel. Saya paling sukakan tulisan kecil di sudut bawah sebelah kanan, "Menulislah Kerana Allah" |
Menghadiri Kursus Penulisan Skrip Adaptasi Filem anjuran DBP. Kursus ini berlangsung selama 3 hari. Semuanya percuma, ditanggung DBP.
Syukur terpilih sebagai salah seorang daripada 26 peserta.
Saya bertemu dengan ramai orang hebat di sini. Antaranya, penulis novel yang prolifik, Puan Sri Diah.
Lebih menyeronokkan, saya sebilik dengan Puan Siti Jasmina Ibrahim, penulis skrip, pensyarah ASWARA yang juga menjadi pengendali bengkel dalam kursus ini.
Betapa bertuah!
Puan Sri Diah (hadapan sekali) |
Bersama Pn Maizura, Pn Siti Jasmina & Pn Zailina. |
No comments:
Post a Comment