Saya telah pun menyiapkan dua buah kertas kerja. Yang pertama berkenaan cadangan untuk mewujudkan Pondok Bahasa Arab di tepi padang sekolah. Yang kedua ialah rancangan saya untuk mengadakan Kelas Literasi Al-Quran, khusus untuk 8 orang murid Tahun 5 2011 yang telah saya kenal pasti masih belum menguasai asas untuk membaca al-Quran.
Selain itu, semalam saya telah berbincang dengan teman sejawat mengenai seorang murid tahun 5 yang paling corot kedudukannya. Murid ini, Nurul, boleh dikatakan gagal dalam semua subjek UPSR. Pihak sekolah bercadang untuk memasukkannya ke kelas Pendidikan Khas. Tetapi, saya dan rakan ini berpendapat bahawa dia boleh dibimbing untuk sekurang- kurangnya lulus semua mata pelajaran dalam UPSR 2011. Saya meluahkan hasrat untuk membimbingnya secara peribadi. Sebelum ini, sejak dia dalam tahun 1, saya telah "memegangnya" untuk dibimbing dalam bacaan al-Quran. Walaupun sangat payah jalan yang saya lalui, dia BERJAYA MEMBACA AL-QURAN SEWAKTU DI AKHIR TAHUN 3!, walaupun dalam subjek lain dia kekal di tangga terakhir. Oleh itu, saya optimis DIA BOLEH.
Segala perancangan ini bermain- main di fikiran saya. Perkara inilah yang menyebabkan saya rasa berbaloi terus tinggal di sini. Ketika inilah saya sedari betapa kewujudan cita- cita dan impian menjadikan hidup kita lebih bermakna. Betapa saya berharap segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diingini.
Saya hanya mampu merancang...semoga DIA memberikan yang terbaik buat saya.
Saturday, November 20, 2010
Friday, November 19, 2010
Hari Terakhir Persekolahan 2010
19 November 2010. Hari terakhir persekolahan bagi tahun ini. Satu kesedihan saya ialah perpisahan dengan 4 orang murid kelas Pendidikan Khas yang akan naik ke sekolah menengah. Saya mengajar mereka mata pelajaran Pendidikan Islam. Saya sedih...pertamanya ialah kerana memikirkan akan berpisah dengan mereka. Selama ini, saya sering menyiram mereka dengan pancuran nasihat, meminta mereka selalu menjaga solat, dan melakukan ketaatan kepada Allah. Bagi saya, walaupun mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, mereka tetap mesti menjadi hamba Allah yang soleh. Itulah kejayaan yang paling cemerlang dalam kehidupan. Keduanya, saya sedih kerana saya ada mendengar cerita bahawa di sekolah yang mereka bakal jejaki, murid- murid Pendidikan Khasnya tidak begitu dididik dan dilatih dengan kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai. Saya bimbang mereka akan kehilangan jejak dan terpengaruh dengan anasir yang tidak sihat. Saya bimbang mereka dibuli dan terlupa apa yang mereka telah pelajari selama ini.
Di sini, anak- anak Pendidikan Khas saya dilatih dengan baik. Saya melihat perkembangan positif mereka. Selain asas akademik, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran mengurus diri, memasak, berkebun dan membuat hasil kerja tangan yang lain. Semoga Allah memberkati usaha gigih guru- guru Pendidikan Khas di sini.
Saya berasa satu kehilangan dengan pemergian murid- murid saya ini. Doa saya, semoga Allah melindungi mereka di alam sekolah menengah dan seluruh hidup mereka. Sesungguhnya, mereka ialah anak- anak yang baik dan mendengar kata.
Di sini, anak- anak Pendidikan Khas saya dilatih dengan baik. Saya melihat perkembangan positif mereka. Selain asas akademik, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran mengurus diri, memasak, berkebun dan membuat hasil kerja tangan yang lain. Semoga Allah memberkati usaha gigih guru- guru Pendidikan Khas di sini.
Bantal kekabu, hasil kerja tangan murid Pendidikan Khas
Pokok bendi yang ditanam oleh murid- murid Pendidikan Khas
Anak-anak yang saya sayangi. Dari kiri : Razi, Afifi, Zamri dan Amirul
Monday, November 15, 2010
Kerana Saya Seorang Guru...
Hari ini, keputusan permohonan pertukaran guru secara atas talian diumumkan. Saya telah membuat permohonan. Yang kedua untuk tahun ini. Berdebar- debar saya membuka talian, menanti untuk melihat keputusannya. Sejak dahulu lagi, setiap kali membayangkan saya akan meninggalkan sekolah ini, saya menangis. Saya nak bertukar sekolah kerana mahu berdekatan dengan suami dan mahu berubah angin, tetapi, saya sayang nak meninggalkan murid- murid saya.
Apabila laman keputusan dipaparkan.....
Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri Sesi Januari 2011 telah
mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan bahawa permohonan tersebut TIDAK
DILULUSKAN.
Saya terpana seketika membaca ayat tersebut (kerana entah mengapa saya memikirkan yang permohonan kali ini akan berjaya). Kemudian, saya seolah- olah sedar diri semula, dan dapat menerima bahawa itulah keputusan yang terbaik Allah takdirkan buat saya (mungkin kamu tidak suka pada sesuatu sedangkan perkara itu baik buatmu, dan mungkin kamu sukakan sesuatu sedangkan hal itu buruk bagimu) . Saya rasa gembira kerana saya berpeluang untuk merealisasikan projek Pondok Bahasa Arab yang telah saya rancang, saya juga berpeluang untuk mengaplikasikan strategi pengajaran yang telah saya tingkatkan berdasarkan analisis kelemahan yang telah saya buat.
Beberapa orang mengucapkan syukur atas kegagalan saya bertukar. Malah, saya menerima ciuman gembira daripada salah seorang mereka.
Kerana saya seorang guru...DI MANA PUN BERADA, SAYA AKAN BERBAKTI. YA ALLAH, BERIKAN SAYA KEKUATAN DAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG DALAM LAPANGAN INI!

Labels:
Secoret Rasa
Thursday, November 11, 2010
Muar Number 1!!!
Hari ini, keputusan UPSR 2011 diumumkan. Saya rasa sangat bangga dan bersyukur kerana sasaran untuk Muar Number 1 TELAH TERCAPAI! Tahun- tahun lepas, daerah Muar sering kalah kepada daerah Johor Baharu. Tahun ini, Muar berjaya mengatasi Johor Baharu sebanyak 0.006%. Peratus kelulusan UPSR Muar adalah 71.76, manakala peratus kecemerlangan adalah 10.52. Sebanyak 10 buah sekolah bawah PPD Muar telah mencapai kelulusan UPSR 100%. Alhamdulillah!
Lebih membanggakan, daerah Muar telah berjaya menggondol 21 daripada 22 anugerah yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Bagi sekolah saya pula, peratus kelulusan UPSR telah meningkat daripada 78% pada tahun lepas kepada 89.65%. Walau bagaimanapun, jumlah murid yang mendapat 5A hanya 2 orang sahaja, 4A 1B 6 orang dan 3A 7 orang. Secara keseluruhannya, peratus kelulusan mata pelajaran ialah :
BM Kefahaman = 100% (A = 40 orang)
BM Penulisan = 96.55%(A = 33 orang)
B Inggeris = 91.38% (A = 3 orang)
Matematik = 93.10% (A = 18 orang)
Sains = 98 (A = 14 orang)

Wednesday, November 10, 2010
Tarian Al- Zaffan?
Hari yang agak memenatkan. Ada Karnival Ko- Kurikulum Parlimen Pagoh di SMK Felcra Bukit Kepong. Saya ditugaskan untuk menjadi guru pengiring murid- murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan tarian zapin. Ada 26 buah sekolah yang bertanding. Sekolah saya mendapat nombor giliran ke-22. Jenuh menunggu.
Sebagai orang luar dari Johor, saya memang tak tahu sangat tentang zapin- zapin ni. Masa kecil- kecil dulu, saya masih ingat ada rancangan TV yang mengajar cara menari zapin. Saya suka tengok. Tetapi, itu sajalah yang saya tahu, selain daripada saya tahu saya sukakan tarian zapin sebab rancak dan muziknya sedap didengar.
Masa mula- mula ditugaskan untuk melatih murid berzapin (jadi pembantu seorang guru lain), saya berasa seronok juga. Saya sentiasa suka bila berpeluang belajar sesuatu yang baru. Jurulatih sebenarnya ialah seorang bapa murid yang berkemahiran dalam bidang ini. Mulanya, saya berasa mahu ikut serta belajar menari. Tetapi, bila lihat langkahnya banyak dan agak rumit, saya membatalkan niat. Lagi pula, saya rasa saya tidak berbakat dalam bidang seni tari.
Pelbagai ragam yang saya saksikan. Kumpulan zapin sekolah saya terdiri daripada murid perempuan semuanya, dan mereka bertudung. Tetapi, saya lihat ada sekolah yang muridnya bercampur lelaki dan perempuan. Ada pula yang tidak bertudung. Saya tak tahulah nak memberikan pendapat dalam hal ini. Mungkin ramai yang bertanggapan tidak apa, kerana mereka masih kanak- kanak. Saya sendiri kurang berkenan dengan wanita yang menari di khalayak ramai. Tetapi, saya melonggarkan pendapat tersebut kerana mereka masih kanak-kanak. Bagaimanapun, dalam hal membuka aurat dan percampuran antara lelaki dan perempuan, saya rasa saya tidak boleh bertolak ansur. Kalaulah ada cadangan untuk berbuat demikian bagi murid- murid sekolah saya, sebagai guru agama di sekolah, saya akan menentangnya.
Bertambah juga ilmu saya dengan beberapa informasi dalam bidang ini. Rupanya tarian ini berasal daripada bahasa Arab iaitu al- zaffan yang bermaksud gerakan kaki. Tarian ini berkembang menjadi dua iaitu Zapin Arab dan Zapin Melayu. Zapin Melayu ini pula ada pelbagai jenis yang saya lupa namanya. Yang murid saya persembahkan ialah Zapin Johor Asli. Ada pula lima pecahan mengikut daerah- daerah di Johor. Satu perkara yang saya perhatikan, gerakan yang dibuat dalam tarian ini seakan- akan menonjolkan kelembutan kaum wanita, dan kegagahan kaum lelaki. Di samping itu, antara mesej tersiratnya (pada pendapat saya) ialah kaum lelaki merupakan pelindung kepada kaum wanita. Setiap persembahan tarian zapin pula mesti ada 4 peringkat atau perkembangan iaitu dimulai dengan taksim, ragam, kopak dan wainah.
Satu perkara yang mengagumkan saya ialah apabila ada 2 buah sekolah Cina yang turut sama menghantar wakil bagi pertandingan zapin ini. Seronok dan tersentuh hati melihat anak- anak Tionghua memakai pakaian kebangsaan orang Melayu, siap bersongkok, dan menari zapin. Walaupun ada langkah mereka yang nampak kaku, tetapi semangat mereka cukup saya puji.
Sebagai orang luar dari Johor, saya memang tak tahu sangat tentang zapin- zapin ni. Masa kecil- kecil dulu, saya masih ingat ada rancangan TV yang mengajar cara menari zapin. Saya suka tengok. Tetapi, itu sajalah yang saya tahu, selain daripada saya tahu saya sukakan tarian zapin sebab rancak dan muziknya sedap didengar.
Masa mula- mula ditugaskan untuk melatih murid berzapin (jadi pembantu seorang guru lain), saya berasa seronok juga. Saya sentiasa suka bila berpeluang belajar sesuatu yang baru. Jurulatih sebenarnya ialah seorang bapa murid yang berkemahiran dalam bidang ini. Mulanya, saya berasa mahu ikut serta belajar menari. Tetapi, bila lihat langkahnya banyak dan agak rumit, saya membatalkan niat. Lagi pula, saya rasa saya tidak berbakat dalam bidang seni tari.
Peserta zapin bersama jurulatih, Encik Md Isa bin Saion
Bertambah juga ilmu saya dengan beberapa informasi dalam bidang ini. Rupanya tarian ini berasal daripada bahasa Arab iaitu al- zaffan yang bermaksud gerakan kaki. Tarian ini berkembang menjadi dua iaitu Zapin Arab dan Zapin Melayu. Zapin Melayu ini pula ada pelbagai jenis yang saya lupa namanya. Yang murid saya persembahkan ialah Zapin Johor Asli. Ada pula lima pecahan mengikut daerah- daerah di Johor. Satu perkara yang saya perhatikan, gerakan yang dibuat dalam tarian ini seakan- akan menonjolkan kelembutan kaum wanita, dan kegagahan kaum lelaki. Di samping itu, antara mesej tersiratnya (pada pendapat saya) ialah kaum lelaki merupakan pelindung kepada kaum wanita. Setiap persembahan tarian zapin pula mesti ada 4 peringkat atau perkembangan iaitu dimulai dengan taksim, ragam, kopak dan wainah.
Satu perkara yang mengagumkan saya ialah apabila ada 2 buah sekolah Cina yang turut sama menghantar wakil bagi pertandingan zapin ini. Seronok dan tersentuh hati melihat anak- anak Tionghua memakai pakaian kebangsaan orang Melayu, siap bersongkok, dan menari zapin. Walaupun ada langkah mereka yang nampak kaku, tetapi semangat mereka cukup saya puji.
Pasukan zapin SJK (C) Kebun Baru
Pasukan zapin SJK (C) Lenga
Hanya satu hal yang saya fikirkan, masyarakat kita sering salah tanggap bahawa semua yang datang dari orang Arab itu merupakan perkara baik. Barangkali, sebab itulah juga tarian zapin ini dipertahankan dan diperturunkan daripada generasi ke generasi. Mereka lupa bahawa Abu Lahab yang dijanjikan neraka itu juga ialah orang Arab.
Tuesday, November 2, 2010
Pasca Peperiksaan
Peperiksaan sudah usai dan saya telah pun menyiapkan kerja- kerja menanda kertas.
Keputusan murid- murid saya agak membanggakan. Bagi tahun 2 dan 3, kelas pertama mencatatkan kelulusan 100%. Lebih seronok, bagi tahun 2 kelas itu, murid- murid hanya memperolehi gred A dan B, tiada yang kurang daripada itu. Cuma, keputusan bagi kelas kedua agak mengecewakan. Jadi, bila dijumlahkan keseluruhannya, hasil kelulusan bagi subjek Bahasa Arab saya ialah :
Tahun 1 = 85%
Tahun 2 = 88.5%
Tahun 3 = 77.5%
Tahun 4 = 66%
Tahun 5 = 77%
Saya telah pun membuat analisis kelemahan mengajar saya, dan saya telah pun merangka beberapa teknik baik pulih yang akan saya laksanakan pada tahun hadapan. Malah, saya telah pun membuat nota bagi kegunaan murid untuk tahun 2011 yang bakal menjelang!
Saya tahu saya bukanlah seorang guru yang baik. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk murid- murid saya.
"Ya Allah, ampunkan segala kekurangan dan ketidaksempurnaanku dalam mendidik anak- anak muridku, serta dalam aku menjalankan tugasku sebagai seorang guru. Sesungguhnya, aku takut akan kemurkaan-Mu."

Monday, November 1, 2010
Kisah Tok Guru dan Cucu Murid
Malam Sabtu lalu, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang...BEKAS MURID SAYA YANG TELAH BERPINDAH KE SABAH pada tahun lepas. Saya telah hilang jejaknya sejak beberapa bulan yang lalu. Gembiranya hati tidak terkata kerana masih dikenang. Berkali- kali dia menyatakan yang dia sayangkan dan rindukan saya.
Pada hari Sabtu, saya membawa 4 orang murid ke SK Dumpar untuk menghadiri Kem Literasi Al-Quran. Terjumpa pula dengan BEKAS GURU YANG MENGAJAR SAYA di SRA Diniatul Islamiah, 17 tahun yang lalu, Ustazah Jamaliah binti Abdul Wahab. Seronok rasanya dapat bertemu dengan beliau, insan yang pernah berjasa kepada saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)