Kali kedua saya menyambut Hari Guru di SK Desa Jasmin.
Ini hadiah yang saya terima daripada murid pada tahun ini.
Terimah kasih!
Terima kasih juga kepada Bank Rakyat cawangan Nilai yang menghantar kek kepada kami, guru- guru SKDJ!
Kek Secret Recipe lagi!
Friday, May 16, 2014
Thursday, April 10, 2014
Al-Fatihah Buatmu, Sahabat!
SKDJ berduka.
Semalam, kami kehilangan seorang rakan seperjuangan, Ustazah Hashimah Che Hasan yang pulang ke rahmatullah setelah sekian lama menderita sakit.
Saya sedih dan terkilan kerana tidak sempat menziarahi beliau buat kali terakhir. Sehingga akhirnya, saya tidak dapat menatap wajahnya kerana jenazah beliau dibawa pulang ke kampung halamannya di Pahang.
Beliau telah lama sakit. Sebaik sahaja kembali ke sekolah pada minggu lepas, saya berniat menziarahinya. Tetapi, ada sahaja aktiviti yang memnuhi masa untuk ke rumahnya. Tambahan pula, agak sukar untuk ke mana- mana dengan 2 orang anak kecil.
Niat terus bertangguh. Saya bertekad, walau apapun, saya mesti ke Hospital Seremban pada hari ini setelah mengetahui bahawa beliau sedang kritikal.
Apapun, perancangan Allah datang lebih segera. Seusai solat Maghrib semalam, saya menerima pesanan ringkas menyatakan pemergian beliau.
Al- Fatihah untuk Kak Shimah. Kenangan bersamanya menemani saya. Perjalanannya di sini berakhir. Semoga mudah dan tenang pula kehidupannya di sana!
Saturday, April 5, 2014
Suatu Pagi Di Pagar Sebuah Sekolah
Semalam, saya bertugas menjaga pagar pada waktu pagi.
Di SKDJ, inilah kali pertama saya menjalankan tugas ini.
Saya melihat murid- murid yang dihantar oleh ibu bapa ke sekolah...dengan berjalan kaki, bermotosikal, berkereta mewah dan tidak mewah.
Cara mereka datang berbeza. Tetapi, yang dapat saya lihat persamaannya, anak- anak ini bersalam, mencium tangan ibu bapa mereka, kemudian dicium di pipi atau dahi dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa.
Sesetengahnya mengeluarkan dompet, menghulurkan belanja kepada si anak.
Ramai antara ibu bapa ini menunggu di luar pagar, melihat anak mereka berjalan masuk ke sekolah sehingga si anak hilang dari pandangan.
Bergenang air mata saya!
Saya memahami betapa besar harapan yang mereka iringkan bersama langkah anak- anak itu.
Harapan itu disandarkan ke bahu guru sebagai satu AMANAH!
Saya insaf dan berazam untuk melaksanakan AMANAH itu sebaik mungkin.
Betapa berdosa andai harapan ibu bapa yang menghantar dengan penuh kasih sayang, yang berkorban wang ringgit itu disia- siakan!
Tetapi, alangkah baik lagi jika kasih sayang itu disertakan juga dengan nasihat supaya si anak menjaga adab di sekolah.
Sebab seringkali juga niat murni guru untuk mengajar terbantut kerana kelakuan anak- anak yang keterlaluan.
Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk mengajar terpaksa digunakan untuk menjerit, menghukum untuk mengawal kelas.
Fikir!
Wednesday, April 2, 2014
Hari Pertama Persekolahan 2014!
Setahun saya tak menulis blog ini.
Selepas tamat pertandingan nasyid MTAQ 2013, saya mula alahan mengandungkan anak kedua.
Banyak peristiwa yang berlaku dan septutnya dicatat sepanjang tempoh setahun, tapi tak berkesempatan sebab kesihatan tak mengizinkan.
Antaranya, buku saya "Nota Cinta Untuk Cikgu" terpilih antara salah satu 50 Karya Terbaik Guru 2013!
Saya selamat melahirkan anak kedua 2 Januari 2014.
Hari ini merupakan hari pertama saya mengajar sesi 2014.
Saya ke sekolah dengan semangat dan azam baharu. Tahun lepas, kerja agak terabai kerana tak sihat.
Datang saja sekolah, saya diberi tugas melatih nasyid untuk MTAQ.
Ooh, ye ke, ingatkan dah ada orang lain ambil alih sepanjang saya bercuti?
Tak apalah, memang dah tetap dan berpencen agaknya.
Cukup setahun, lepas nasyid tahun lepas saya tinggalkan blog, nasyid tahun ini saya menulis semula.
Good luck!
Sunday, April 21, 2013
Kursus Pemantapan Pengajaran Iqra'
18 April 2013.
Saya menghadiri Kursus
Pengajaran Iqra’ yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Kursus ini melibatkan guru-
guru Pendidikan Islam di daerah Seremban dan Prort Dickson. Diadakan di Pejabat
Pelajaran Daerah Port Dickson.
Hanya seorang guru dari sebuah
sekolah yang perlu menghadirinya dan saya dipilih. Saya berasa sangat bertuah.
Kursus ini dikendalikan oleh
dua orang ustaz yang berilmut inggi. Ustaz Mohamad Mukri bin Haji Abdullah dan
Ustaz Muhammad Furqan bin Dr Muhd Jamil Rifa’i.
Ustaz Mukri merupakan orang
“lama”. Rambut dan keningnya sudah memutih. Apabila melihatnya, saya sudah
nampakbetapa banyak ilmu serta pengalaman yang tersimpan dalam batang tubuhnya
yang kurus itu. Apabila beliau mula bercakap, bercerita tentang sejarah
kedatangan kaedah Iqra’ di Malaysia, terbuktilah telahan awal saya tentang
dirinya.
Ustaz Muhammad Furqan masih
muda. Tetapi, ilmu beliau menggunung tinggi. Beliau belajar al-Quran di Mekah
sejak kecil lagi. Kata- kata beliau penuh hikmah dan mengagumkan.
Ustaz Furqan memulakan ucapan beliau dengan kata- kata yang menyentuh hati saya:
"Nilai guru al-Quran tidak boleh sama dengan guru lain. Antum khairunnas. Sebaik- baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. Sifat itu mesti ada dalam ciri peribadi guru al-Quran."
Satu lagi kata- kata beliau yang akan tetap saya ingat :
"Anda salah apabila anda belajar al-Quran, anda ada sifat malu. Kerana di luar sana, ada ramai orang yang berbuat maksiat tetapi mereka tidak malu."
Ustaz Furqan memulakan ucapan beliau dengan kata- kata yang menyentuh hati saya:
"Nilai guru al-Quran tidak boleh sama dengan guru lain. Antum khairunnas. Sebaik- baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. Sifat itu mesti ada dalam ciri peribadi guru al-Quran."
Satu lagi kata- kata beliau yang akan tetap saya ingat :
"Anda salah apabila anda belajar al-Quran, anda ada sifat malu. Kerana di luar sana, ada ramai orang yang berbuat maksiat tetapi mereka tidak malu."
Secara keseluruhannya, apa yang
saya dapati daripada kursus ini ialah :
1) Saya mengetahui tentang latar belakang dan sejarah pengajaran Iqra' di Malaysia. Sejarahnya bermula apabila beberapa orang yang mempunyai kesedaran dan kesungguhan di Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan pada era 80-an, menyedari bahawa penguasaan pembacaan al-Quran dalam kalangan murid- murid sekolah amat rendah. Merekalah yang berusaha mencari kaedah terbaik untuk mengajar al-Quran dan menemui Iqra hasil cadangan kedutaan Malaysia di Yogjakarta.
2) Kegagalan murid menguasai al-Quran walaupun menggunakan kaedah Iqra' besar kemungkinannya disebabkan kesalahan teknik pengajarannya.
3) Saya berasa bersemangat dan bermotivasi untuk mempraktikkan apa yang saya perolehi melalui kursus ini di sekolah.
4) Saya menyedari betapa dangkalnya ilmu al-Quran saya dan betapa banyak lagi yang perlu saya pelajari.
Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang menganjurkan kursus ini! Harapnya, adalah kursus lanjutan supaya kami boleh lebih mendalami ilmu al-Quran.
![]() |
| Ustaz Mukri |
![]() |
| Ustaz Furqan |
Friday, April 5, 2013
Kursus Penulisan Skrip Adaptasi Novel
![]() |
| Latar bengkel. Saya paling sukakan tulisan kecil di sudut bawah sebelah kanan, "Menulislah Kerana Allah" |
Menghadiri Kursus Penulisan Skrip Adaptasi Filem anjuran DBP. Kursus ini berlangsung selama 3 hari. Semuanya percuma, ditanggung DBP.
Syukur terpilih sebagai salah seorang daripada 26 peserta.
Saya bertemu dengan ramai orang hebat di sini. Antaranya, penulis novel yang prolifik, Puan Sri Diah.
Lebih menyeronokkan, saya sebilik dengan Puan Siti Jasmina Ibrahim, penulis skrip, pensyarah ASWARA yang juga menjadi pengendali bengkel dalam kursus ini.
Betapa bertuah!
![]() |
| Puan Sri Diah (hadapan sekali) |
![]() |
| Bersama Pn Maizura, Pn Siti Jasmina & Pn Zailina. |
Thursday, April 4, 2013
Hadiah Pertama
3 April 2013.
Saya masuk ke tahun 1. Seorang murid perempuan, dengan malu- malu menghulurkan sebuah bungkusan kecil. Dengan perlahan dia berkata, "Untuk Ustazah".
Cenderahati dari Holland. Jauh dan istimewa. Istimewa kerana jauh. Tambah istimewa kerana inilah cenderahati dari murid yang pertama saya terima di SK Desa Jasmin.
Terima kasih kepada Nur Aqilah Mohd Mujib yang ingat pada ustazah walaupun jauh bercuti.
Subscribe to:
Posts (Atom)








